Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’

March 30, 2023 · Politik

Selepas mengatakan Melaka akan menyaksikan kewujudan kerajaan baharu ‘tebuk atap’ dan ‘pintu belakang’, Pemuda UMNO tampil menyindir kenyataan Ahli Exco Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan bahawa kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘pintu belakang’ adalah seperti yang berlaku apabila Jailani melompat keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan Ketua Menteri (KM) ketika itu (2018-2020), Adly Zahari hilang majoriti, serta jawatan.

Menurutnya Jailani adalah individu yang pernah melakukan perkara itu sehingga menjatuhkan kerajaan PH Melaka.

“Untuk makluman, kerajaan tebuk atap ataupun kerajaan pintu belakang ini adalah (kejadian) apabila Ketua Menteri dijatuhkan seperti ketika Jailani melompat keluar daripada Pakatan Harapan dahulu dan akhirnya Ketua Menteri ketika itu hilang majoriti dan jawatan.

“Kali ini apabila Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md. Ali) meletakkan jawatan dengan sendirinya, maka kekosongan yang berlaku itu perlu lah diisi oleh mana-mana wakil rakyat yang dirasakan layak oleh parti memerintah.

“Mungkin Jailani lupa masa beliau jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap dulu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya.

Terdahulu, Jailani ketika mengulas isu pertukaran KM Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata rakyat memahami istilah ‘kerajaan pintu belakang’.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

“Ini spesies baharu kelahiran Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia seperti dilaporkan oleh portal berita, FMT.

Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.

Sulaiman kemudian diangkat menjadi KM Melaka Ke-12 pada 11 Mac 2018.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Sulaiman meletak jawatan KM dan akan diganti dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
18 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
14 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok