Ketegasan PM tolak desakan ‘bebas’ ahli politik ada kes mahkamah dipuji

August 4, 2021 · Politik

Pemuda Perikatan Nasional (PN) memuji ketegasan dan prinsip dipegang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak campur urusan mahkamah bagi membebaskan individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Ketuanya Senator Ir Khairil Nizam Khirudin pada masa sama mengecam tindakan lapan Ahli Parlimen UMNO dan pembangkang yang menganggu-gugat kestabilan politik negara tatkala kerajaan dan petugas barisan hadapan sedang berjuang menangani pandemik Covid-19.

Katanya Pemuda PN juga merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Muhyiddin menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri di Parlimen, September ini.

“Pemuda Perikatan Nasional memuji ketegasan dan prinsip YAB Perdana Menteri menghormati kedaulatan Undang-Undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), dan akan meneruskan politik khidmat bakti pada rakyat. Musuh kita adalah Covid-19, bukan sesama kita,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan pengumuman khas Perdana Menteri petang tadi.

Khairil berkata ketegasan Perdana Menteri tidak melayan desakan supaya campur tangan dalam kes mahkamah itu juga membuktikan kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang berprinsip.

Ketika pengumuman itu, Perdana Menteri mendedahkan pihak yang mencetuskan polemik politik dalam negara sekarang ini kecewa dan tidak senang dengan ketegasan beliau tidak membantu membebaskan individu tertentu yang didakwa atas kesalahan jenayah di mahkamah.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya.

Perutusan khas itu dibuat susulan kemelut politik yang melanda negara ketika ini, setelah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya di dalam Majlis Tertinggi (MT) mengumumkan buat kali ketiga menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin, semalam.

Pada sidang media hari ini, Perdana Menteri tidak menyatakan siapakah individu yang meminta beliau campur tangan dalam kes mahkamah mereka.

Bagaimanapun, untuk makluman, Zahid dan bekas Perdana Menteri Najib Razak kini berdepan puluhan pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam, atas tuduhan rasuah, menyeleweng, menyelahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan berbilion-bilion ringgit wang negara, ketika Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum 2018 lalu.

Beberapa pemimpin UMNO yang lain turut berdepan tindakan undang-undang, antaranya kerana gagal mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh kepada Lembaha Hasil Dalam Negeri.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok