Kerajaan PN tidak jatuh walaupun keputusan MT UMNO tarik sokongan

July 8, 2021 · Politik

Tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik sokongan malam tadi terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberi kesan dan akan menjatuhkan pentadbiran yang dipimpin Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah langkah sama yang dilakukannya semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu, ia bagaimanapun tidak berjaya menumbangkan kerajaan PN waktu itu.

Sebaliknya, beberapa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO menyusul kemudiaan bertemu dengan Muhyiddin menyatakan pendirian untuk tidak mengikut ketetapan semasa PAU 2020 tersebut dan kekal bersama dalam Kabinet.

Langkah tersebut sekaligus mematikan rancangan Zahid waktu itu yang mengharapkan sekurang-kurangnya seorang Menteri UMNO akan mengumumkan peletakan jawatan selepas PAU tersebut, ia berdasarkan pendedahan klip audio tular.

Pada PAU 2020 lalu, ketetapan yang diputuskan adalah menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas terbubarnya Parlimen.

Namun, Zahid nampaknya tergesa-gesa tidak mahu tunggu sehingga pembubaran Parlimen dan membuat keputusan terburu-buru demi menyelamatkan diri daripada berdepan kes mahkamahnya.

Zahid perlu faham, sokongan parti tidak akan dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan selagi ia mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) dan setakat ini tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri UMNO yang mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Untuk rekod, kerajaan PN ditubuhkan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang tahun lalu selepas Bersatu meninggalkan gabungan itu bersama-sama dengan sekumpulan bekas Ahli Parlimen PKR.

35 Ahli Parlimen UMNO antara yang menyokong penubuhan kerajaan PN dan berikrar menyokong Muhyiddin sebagai PM waktu itu.

Jika tanggapan mengatakan keputusan MT UMNO malam tadi akan mengakibatkan kerajaan PN jatuh adalah tidak tepat sama sekali kerana Kabinet masih berfungsi dan pentadbiran kerajaan masih berjalan seperti biasa.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan PAU 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Pada April lalu, Agenda Daily mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang membuat pakatan sulit dan berbincang strategi politik semasa PAU 2020.

Perbualan antara mereka itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan rancangan khususnya untuk menggunakan MT UMNO bagi menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Hari ini terbukti, cita-cita dan rancangan kedua-dua mereka terhasil apabila MT UMNO membuat ketetapan yang seakan sama dengan kehendak cikgu dan anak muridnya rancangkan sebelum ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok