Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya

September 4, 2023 · Politik

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mengecam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi 47 pertuduhan rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi, mengatakan penjelasan perlu diberikan kepada rakyat.

Kritikan terhadap kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hadir ekoran permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid hari ini daripada pertuduhan kes rasuah dihadapinya.

“Pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan pembaziran semua kerja keras oleh anggota Jabatan Peguam Negara,” kata Ambiga dalam ciapan di Twitter.

“Dan saya harap tiada ahli politik UG berani untuk mewajarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka anti rasuah,” tambahnya, merujuk kepada singkatan kerajaan perpaduan yang digunakan oleh kerajaan campuran Anwar.

DNAA itu diberikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan kes terhadap Zahid.

Pihak pendakwaan memohon DNAA awal hari ini, manakala pasukan pembelaan Zahid berhujah untuk pembebasan penuh pertuduhan terhadapnya.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan Yayasan Akalbudi melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.

Sementara itu bekas duta Dennis Ignatius berkata bahawa DNAA tidak mengejutkan.

“Itulah rancangan selama ini; harga yang Anwar rela bayar untuk menjadi perdana menteri.

“Semua cerita karut tentang anti-rasuah dan kerajaan yang baik itu hanyalah untuk rakyat yang mudah tertipu di luar sana yang masih percaya kepada reformasi,” katanya di Twitter.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri atas sokongan daripada Zahid dan 30 ahli Parlimen daripada UMNO-Barisan Nasional (BN), susulan pilihan raya umum tahun lepas yang mengakibatkan Parlimen tergantung.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok