Kajian UKM dapati 92% tak sokong Muhyiddin letak jawatan

September 9, 2021 · Politik

Majoriti 92 peratus responden tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri (PM) baru-baru ini yang kononnya dapat menstabilkan keadaan politik negara, kata kajian yang dilakukan pengkaji Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kajian bertajuk ‘Public Perception on Election Management, the Election Commission & Democracry in Malaysia’ yang dijalankan Prof Madya Helen Ting dan Prof Madya Andrew Kam mendapati majoriti 2,627 responden yang diwawancara secara bersemuka tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Muhyiddin akan menjamin kestabilan politik kepada negara.

Dalam tinjauan tersebut, majoriti 49.3 peratus responden berpendapat hanya dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) selepas Covid-19 terkawal dapat menangani ketakstabilan politik yang dihadapi negara ketika ini, bagaimanapun 16.1 peratus lagi berpendapat PRU segera dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Laporan tinjauan UKM.

26.5 peratus responden pula berpendapat kestabilan politik dapat dipulihkan dengan langkah Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan.

Baki 8 peratus responden pula tidak bersetuju peletakan jawatan Muhyiddin dapat memberi kestabilan politik kepada negara.

“49 peratus mahu PRU diadakan selepas situasi Covid-19 terkawal sebagai penyelesaian kepada ketakstabilan keadaan politik semasa,” kata kajian tersebut.

Tinjauan tersebut juga mendapati majoriti menyokong tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini untuk melaksanakan Undi 18 dan juga berhubung undang-undang anti-lompat parti yang dicadangkan sebelum ini.

“58% bersetuju dengan cadangan untuk menggubal undang-undang anti-lompat parti supaya wakil rakyat yang melompat parti kehilangan kelayakan tetapi boleh bertanding semula dalam pilihan raya kecil,” kata tinjauan itu lagi.

Selain itu, 70 peratus responden juga berpendapat peruntukan kerajaan sepatutnya diberikan sama adil kepada Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti yang mereka wakili.

Untuk rekod, Muhyiddin sebelum meletak jawatan membuat tawaran berhubung Undi 18, menggubal undang-undang lompat parti dan juga berjanji untuk memberi peruntukan yang sama adil.

Ia bagaimanapun ditolak mentah-mentah blok pembangkang yang percaya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya memiliki majoriti.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan majoriti diperlukan untuk menjadi PM sebaliknya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatasinya dengan jumlah 114 menyokongnya.

Susulan itu, penyokong pembangkang menyalahkan Anwar dan pemimpin pembangkang kerana bertindak menolak tawaran awal oleh Muhyiddin serta menjadi punca UMNO kembali dominan menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

Secara keseluruhan, 2,627 responden mengambil bahagian dalam tinjauan dengan 1,657 orang dari Malaysia Barat, 506 orang dari Sabah dan 464 orang dari Sarawak.

Kajian dijalankan melibatkan seluruh kawasan bandar (34%), separa bandar (33%), dan luar bandar (33%).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok