Isu Noraini bawa MP DAP dalam program bersama, Zahid dakwa difitnah beri arahan

May 15, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa difitnah berhubung arahan kepada pimpinan UMNO supaya menjemput wakil DAP bersama dalam program parti itu, ia selepas langkah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad membawa bersama pemimpin DAP dalam satu lawatannya baru-baru ini.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan satu tangkap layar WhatsApp yang tular mendakwa wujud perbualan antara pemimpin UMNO menerima arahan daripada Zahid yang mengarahkan supaya pemimpin DAP dijemput bersama dalam program UMNO.

Pada 13 Mei baru-baru ini, Noraini memuat naik gambar dalam akaun Facebooknya bersama Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming melawat seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penafian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Baru dua hari kita meninggalkan bulan Ramadan namun syaitan membawa fitnah sudah bekerja keras memfitnah UMNO.

“Tidak ada group whatsApp seperti dalam tangkap layar dan berita laporan Agenda Daily juga adalah fitnah jahat terhadap UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perbualan Whatsapp itu, seorang ahli dalam kumpulan Whatsapp itu memuji Noraini selepas program bersama wakil DAP tersebut, sementara seorang lagi memberitahu Presiden (Zahid) mengarahkan supaya program UMNO menjemput wakil DAP bersama.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.

Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.

Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
24 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok