Isu kerakyatan warga China, kenapa DAP nak melenting pula? soal Razali

August 31, 2023 · Politik

DAP dibidas apabila cuba menafikan isu berhubung pemberian kerakyatan kepada 54,000 warga China yang didedahkan baru-baru ini, kata Datuk Razali Idris.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata sikap DAP yang tiba-tiba naik angin selepas pendedahan isu kerajaan campuran memberi kerakyatan kepada warga China dan menegaskan tidak akan meminta maaf.

Katanya, DAP mungkin ada perkara yang cuba disembunyikan mengenai isu pendedahan rakyat China yang diberikan kewarganegaraan.

“Mengapa DAP melenting mengenai isu 54,000 rakyat China yang diberi kewarganegaraan? Mungkin parti itu ada perkara yang cuba disembunyikan.

“Jika tiada perkara yang cuba disembunyikan, mengapa DAP beria-ia menyuruh kita meminta maaf, selain menarik semula kenyataan itu,” katanya dipetik laporan BH.

Razali terdahulu menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2023, peringkat negeri di Dataran Shah Bandar.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang memberi tempoh 24 jam kepadanya dan PAS membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik semula dakwaan mengenai pemberian kerakyatan kepada 54,000 warga China.

Razali yang juga Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, DAP sebenarnya tidak faham isu pemberian kerakyatan kepada 54,000 warga China kerana Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah memberi penjelasan.

“Apa yang perlu hendak dibuktikan atau bukti…persoalan berbangkit, rakyat perlu diberikan penjelasan yang lebih mendalam, terperinci dan dihalusi kerana membabitkan kedaulatan negara dan hak keistimewaan tertinggi.

“Kita sangat bimbang, rakyat sangat khuatir isu pemberian kerakyatan dan yang nampak tidak bimbang adalah DAP yang mungkin cuba sembunyikan sesuatu,” katanya.

Razali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan terdapat elemen salah guna kuasa, rasuah dan salah tadbir kuasa dalam JPN.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

“Kita juga menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Dewan Negara memanggil Saifuddin dan JPN untuk penjelasan lebih lanjut dan telus.

“Kita juga mendesak pimpinan tertinggi DAP turut disiasat,” katanya.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok