Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan

August 18, 2022 · Politik

Langkah segera dan berkesan yang diambil kerajaan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani pelbagai masalah dihadapi rakyat menyebabkan pembangkang kurang senang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Ismail Sabri berjaya menurunkan inflasi dan memulihkan kedudukan ekonomi negara menjadi lebih baik, malahan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2022 juga meningkat pada kadar 8.9 peratus.

“Beliau berdepan masalah yang cukup berat dan hebat tetapi diselesaikan dengan baik dan berhemah.

“Kita mengawal inflasi dan harga makanan dengan membentuk jawatankuasa khas, Pasukan Jihad Tangani Inflasi, yang bermesyuarat dua kali seminggu.

“Itu sebab pembangkang marah pada jawatankuasa ini kerana ia buat kerja,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau dipetik BH.

Shahidan terdahulu melancarkan Program Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Sihat dan Hebat hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO sudah lemah.

“Kejayaan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan UMNO semakin diterima rakyat.

“Sebenarnya, UMNO bertambah kuat dan rakyat memberi sokongan kepada UMNO kerana mereka tidak nampak parti lain yang berjaya mengatasi masalah (rakyat) seperti isu makanan.

“Rakyat menyokong pemerintahan yang memberi pembelaan dan menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok