Hanya untuk parti meterai perjanjian dengan PH saja, Rafizi beritahu Muda

February 9, 2023 · Politik

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata hanya parti yang memeterai perjanjian dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sahaja dijemput hadir ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Selasa lalu.

Justeru, katanya disebabkan itulah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Penandatangan perjanjian pakatan itu ialah PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

“Mesyuarat itu hanya untuk penandatangan perjanjian,” katanya menurut BH ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi yang kecewa parti itu tidak dijemput sama menghadiri mesyuarat berkenaan.

Terdahulu Amir berkata sekurang-kurangnya Muda harus dimaklumkan berkaitan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu.

“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tapi tak tahu apa-apa

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan,” kata Amir.

Mengulas lanjur, Rafizi yang juga menteri ekonomi berkata walaupun Muda sebahagian kerajaan, hanya parti yang mempunyai tiga atau lebih ahli Parlimen adalah penandatangan perjanjian itu.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman, SPR bermesyuarat hari ini
October 17, 2023· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023
Mat Hasan ingatkan pemimpin UMNO jaga hati DAP kerana ‘menumpang’
April 20, 2023
Tolak pengampunan Najib, Shahrir tegur adik celupar
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok