Hamzah sahkan akaun peribadi dan isteri dibekukan, dakwa bermotif politik

August 24, 2023 · Politik

Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan akaun peribadi dan isterinya sudah dibekukan oleh pihak berkuasa selepas beberapa laporan media mendedahkan berhubung tindakan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa tindakan tersebut diambil selepas terdapat tekanan politik dalam kerajaan campuran dan sengaja disebarkan kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan imej beliau dan gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Saya mengesahkan bahawa akaun saya dan isteri telah dibekukan sejak semalam oleh pihak berwajib. Saya percaya bahawa tindakan ini diambil kerana terdapat tekanan dan campur tangan pemimpin-pemimpin politik tertinggi dalam Kerajaan di Putrajaya.

“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan PN yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tindakan dihadapinya hampir sama dengan pendakwaan yang dibuat terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila agensi kerajaan diperalatkan pihak berkuasa untuk memuaskan nafsu pemimpin politik regim kerajaan campuran.

“Tindakan pendakwaan politik ini samalah dengan kes Tan Sri Muhyiddin, di mana Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah terhadap pemimpin PN, tetapi akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan empat pertuduhan kerana cacat, tidak berasas, kabur dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah. Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau juga tidak menolak tindakan terhadapnya ekoran kelantangannya dalam mengkritik pemimpin DAP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Saya pasti bahawa lebih banyak tindakan politik akan diambil ke atas saya dan pemimpin PN dalam masa terdekat, termasuk menggunakan pihak polis bagi menyiasat saya kerana mengkritik DAP dalam kempen Pilihan Raya Negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hamzah juga berkata sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap pendakwaan yang dibuat terhadapnya dengan mengemukakan surat tuntutan terhadap beberapa individu.

“Saya telah menyerahkan suatu surat tuntutan kepada SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Kerajaan Malaysia dan peguam saya sedang menyediakan kertas-kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan Mahkamah terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Kerajaan Malaysia kerana mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan saya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok