Haiwan selongkar semula tulang lama cari RM90j: Ketua Pemuda PAS

September 12, 2022 · Politik

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan isu RM90 juta yang konon diterima Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan kini dimainkan semula oleh DAP hanyalah wayang opera lama yang ditayangkan semula.

Menurutnya Isu berkenaan hanya modal basi yang diperbaharui semula oleh DAP.

“Disolek secukupnya dengan harapan dapat dijadikan cerita baharu untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Realitinya, isu RM90 juta ini tidak lebih daripada wayang opera lama yang ditayang semula.

“Dalam bahasa lain, ia tulang lama yang sudah lama terperap di tempat pembuangan sampah.

“Hanya haiwan tertentu sahaja yang menyelongkar sampah mencari tulang lama,” katanya mengulas isu itu yang dibangkitkan semula oleh Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, sejak beberapa hari lalu.

Malah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Delima, Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Hadi atas dakwaan kononnya menerima rasuah, terlibat dalam pengubahan wang haram dan mengelak cukai.

Laporan itu dibuat selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Abdul Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dalam saman terhadapnya.

Saman itu susulan dakwaan Brown pada 2016 bahawa UMNO dikatakan memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti Islam itu pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata beliau pernah membangkitkan persoalan itu pada 19 Julai 2018 ketika PH mentadbir negara setelah menang PRU-14, dan semasa Tan Sri Tommy Thomas menjadi Peguam Negara.

“Saya bangun bertanya di Dewan Rakyat, mencelah ucapan YB Damansara yang pada masa itu sedang menyenaraikan pihak-pihak yang mendapat wang dari 1MDB. Soalan saya, mana nama PAS? Jawapan beliau ialah saya tiada maklumat, sila tanya Menteri Kewangan (yang pada masa itu ialah Guan Eng).

“Pada 2 April 2019, sekali lagi soalan saya di Dewan Rakyat berhubung isu RM90 juta ini dijawab oleh Timbalan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri) undang-undang, YB Hanipa Maidin. Jawapannya, masih dalam siasatan SPRM. Bahkan beliau berpesan bahawa jangan ada sebarang spekulasi.

“Belum lagi ucapan-ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat yang mendesak sejak tahun 2018 agar kerajaan dedahkan segera siapa penerima dana RM90 juta itu. Alih-alih yang keluar ialah kenyataan SPRM bahawa tiada wang 1MDB masuk ke akaun PAS,” katanya merujuk kepada tulisan di Facebook beliau serta laporan media berhubung pertanyaan dan jawapan kepada isu itu.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata semua kenyataan dan persoalan yang beliau bangkitkan itu adalah ketika negara di bawah pentadbiran PH, yang turut dianggotai DAP.

“Jika benar ada dana RM90 juta disalurkan kepada PAS, kenapa semasa pentadbiran PH isu tidak disiasat sehingga ke akar umbi? Yang ada ialah sekeping kertas berwarna hitam yang terpaksa ditilik berkali-kali oleh pembacanya di tengah malam kelam,” katanya.

Isu penyelesaian saman luar mahkamah ialah hak kepada si penyaman, katanya merujuk kepada saman antara Abdul Hadi dan Brown yang diselesaikan di luar mahkamah pada 2019.

“Dalam kes saman, jika pihak plaintif merasakan bahawa tiada keperluan untuk saman diteruskan berdasarkan kepada kos dan sebab-sebab kesihatan, ia boleh ditarik balik dan itu tidak membuktikan bahawa plaintif atau defendan bersalah.

“Adapun yang berkuasa di dalam negara, kenapa tidak teruskan dengan pendakwaan sivil?,” soal beliau lagi.

Berita berkaitan
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
4 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu· Politik
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
June 9, 2023· Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
June 9, 2023· Isu semasa
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
June 10, 2023 · Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
23 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok