Gerakan tarik balik kenyataan terhadap penjawat awam, mohon maaf

June 22, 2023 · Politik

Permohonan maaf dibuat secara terbuka Parti Gerakan susulan kenyataan ahlinya yang mengkritik penjawat awam sebagai beban kepada negara.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong secara terbuka meminta maaf atas keterlanjuran ahlinya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati penjawat awam dan menarik balik kata-kata tersebut.

“Penjawat awam bukan beban negara, penjawat awam adalah tulang belakang pada negara kita. Setiap kegiatan harian kita berkait rapat dengan penjawat awam.

“Sebagai semangat satu hati, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, hari ini, saya Mak Kah Keong sebagai Setiausaha Agung ingin memohon maaf kepada kenyataan yang diberikan ahli akar umbi Gerakan itu.

“Saya menyusun sepuluh jari untuk mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penjawat awam. Saya minta maaf,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu, jurucakap Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Mok Kok On berkata penjawat awam sebagai beban kepada negara dan menerima kritikan pelbagai pihak.

Kah Keong yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan berkata, semua parti komponen PN tidak bersetuju dengan kenyataan Kok On.

Pada masa sama, beliau menegaskan ahli parti perlu menjaga sensitiviti semua pihak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun kritikan, dan tidak mengikut langkah seteru politiknya, DAP.

”Kita bukan DAP. Kita ada perlembagaan parti, kita kena tahu jaga sensitiviti semua kalangan kaum, bangsa dan agama.

”Saya juga faham, kalau nak beri kritikan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri dalam kes ini, sila beri kritikan bernas, tepat pada bahasanya dan fakta.

“Jangan macam kes ini, beri kenyataan yang mengguris hari semua masyarakat rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Bercakap mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kok On, katanya, ia akan diserahkan kepada lembaga disiplin.

“Saya tak nak pisang berbuah dua kali. Saudara Mok Kok On akan diserahkan kepada lembaga disiplin, biar mereka mengadakan prosedur yang betul supaya dia ada hak bersuara dan mendengar.

“Saya telah berikan amaran keras kepada Kok On, dan kes akan dibawa ke Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). Kalau kenyataan ini tiada penjelasan bagus, kita akan gantung (daripada parti),” katanya.

Baru-baru ini Kok On menerusi laman Facebook Gerakan Penang memuatnaik hantaran (yang kemudian dipadamkan) meminta supaya kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam sebagai langkah untuk berjimat.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Popular
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok