Ezam lompat parti lagi

May 7, 2022 · Politik

Bekas ahli UMNO dan pemimpin PKR Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sah menyertai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) , salah satu parti serpihan PAS berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Penyertaan Ezam ke dalam Berjasa disahkan Setiausaha Agung parti itu Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad dalam satu kenyataan semalam.

Ini adalah kali ketiga Ezam yang suatu ketika dahulu menjadi orang kuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menukar perjuangan politik dalam parti yang berbeza.

Sebelum ini beliau adalah ahli UMNO, namun keluar dan menyertai PKR pada 1998 sebelum keluar pada 2007.

Bagaimanapun, Ezam kembali kepada UMNO pada 28 Mei 2008 dan dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan mulai 2014 hingga 2016 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Ezam kemudian mengumumkan keluar daripada UMNO pada Oktober 2016, setelah kononnya gagal melaksanakan transformasi dalam kerajaan, terutama berkaitan Akta Rahsia Rasmi.

Mengulas lanjut, Muhammad Lukman berkata walaupun penyertaan itu menjadi bualan ramai, ia tidak mengejutkan kerana Berjasa merekodkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu.

“Berjasa yang terkenal sebagai sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanahair) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti.

“Berjasa juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar.

“Ini sebagai solusi kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
14 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok