DUN Sabah lulus usul naik gaji Ketua Menteri dan semua wakil rakyat

July 20, 2022 · Politik

Usul menaikkan gaji Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain diluluskan dengan majoriti bersetuju dengan keputusan tersebut.

Semasa sidang Dewan Undangan Negeri, usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.

Dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Kedua Sabah ketika menggulung usul itu berkata, implikasi kewangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan kenaikan saraan itu dilihat tidak terlalu berat dan hanya melibatkan jumlah RM5.6 juta setahun.

Katanya, pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting wakil rakyat perlu terus memberi yang terbaik kepada rakyat.

“Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin di luar sana rakyat bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskian ini paling penting,” katanya menurut laporan semasa Persidangan DUN Sabah.

Selain itu, DUN sabah turut meluluskan usul Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 yang menaikkan Saraan Peribadi, Elaun Keraian dan Elaun Wilayah untuk Yang Dipertua Negeri Sabah.

Usul yang dibawa Hajiji itu juga diluluskan dengan suara terbanyak, dan menaikkan Saraan Peribadi daripada RM215,280 setahun kepada RM301,392; Elaun Keraian RM152,490 (RM213,486); dan Elaun Wilayah RM44,850 (RM62,790).

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok