Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?

March 13, 2023 · Politik

Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan yang tepat dengan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya pada 1998.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu semalam (12 Mac 2023), Radzi menegur Anwar yang dikatakan mengambil tindak balas politik terhadap Bersatu dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata gerakan reformasi Anwar telah melabelkan Dr Mahathir sebagai “mahafiraun” atau “mahazalim”, ketika menjadi Perdana Menteri keempat sebelum ini.

Namun, sekarang, Radzi bertanya siapakah yang lebih zalim dan lebih Firaun – dipercayai merujuk kepada tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai bermain politik paling kotor.

“Saya nak tanya… sekarang siapa yang lebih zalim daripada maha zalim. Siapa yang lebih Firaun… kepada rakyat yang pernah melalui zaman krisis politik 1998 tentu dapat mengimbau kembali saat itu mungkin anak-anak muda tak ingat.

“Kita kena ingatkan anak-anak muda. Pada tahun 1998, ingatkah kita pada waktu itu? Kumpulan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim menggelarkan Dr Mahathir sebagai maha zalim, maha firaun.

“Saya nak tanya sekarang, siapa yang lebih zalim daripada maha zalim. Siapa yang lebih Firaun daripada maha Firaun kita.

“Kita lihat bahawa yang ada pada hari ini ramai orang bercakap. Patutlah Dr Mahathir pecat dia dulu… ramai yang kata baru hari ni aku nampak kenapa Dr Mahathir tak sangat dia jadi PM,” kata Radzi.

Kenyataan Radzi dibuat menyusul pertuduhan terpilih bermotifkan politik yang dikenakan terhadap Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Shah Alam pada Jumaat dan hari ini.

Semalam, Hamzah berkata kekuatan dimiliki Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sekarang ditakuti oleh musuh-musuh politik, terutama PH dan BN sehingga kini sanggup mahu dibunuh dengan cara yang paling kejam, kotor dan zalim – dengan cara merosakkan imej pemimpin serta parti.

“Satu demi satu pemimpin kita disiasat dan didakwa dengan pertuduhan politik. Tidak cukup dengan fitnah jahat ke atas pemimpin, akaun parti juga dibekukan dan seboleh mungkin mereka mahu parti ini dilumpuhkan,” kata Hamzah.

Mengulas lanjut, Radzi berkata Muhyiddin kekal sebagai salah seorang individu paling berprinsip yang pernah ditemuinya dan menegaskan bahawa pertuduhan terhadap mereka adalah bermotifkan politik.

“Apabila saya menghadiri mahkamah pada Jumaat lalu dan mendengar dengan teliti pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin, semakin saya yakin bahawa ini adalah pertuduhan yang tidak masuk akal,’’ katanya.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
10 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
7 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
52 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok