Dituduh rancang haramkan UMNO, Mahathir tuntut bukti

July 20, 2023 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduh beliau merancang untuk mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tampil dengan bukti

Namun beliau akui ada meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO ketika Presiden UMNO itu menemuinya selepas PRU-14 lalu.

“Saya tak tau sama ada saya kata haram atau tidak. Tapi (saya) ingat suruh Zahid membubarkan UMNO.

“Kita tidak pernah ambil tindakan untuk mengharamkan UMNO. Kalau ada orang kata saya kata macam itu, saya nak tanya buktilah bila saya kata?” kata Dr Mahathir, lapor MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Dr Mahathir dan Muhyiddin merancang mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas PRU-14.

Sementara Zahid dilaporkan berkata Dr Mahathir pernah menyuruhnya untuk membubarkan UMNO.

Menjelaskan perkara berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau meminta parti tersebut dibubarkan kerana UMNO ketika itu tidak lagi berpegang kepada dasar dan perjuangan asal.

“UMNO sudah jadi parti cash is king, parti duit. Jadi saya kata ini bukan parti UMNO…patut dibubar, jangan guna nama UMNO tapi buat benda yang bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya lihat ramai ahli UMNO lompat masuk Bersatu. Yang tinggal sedikit sahaja. Saya beritahu kepada Zahid ketika berjumpa saya, saya kata bubarkan parti UMNO dan berada (masuk) dalam Bersatu.

“Ini bukan parti yang berjuang melawan Malayan Union dan kemerdekaan. Ini bukan pun parti di bawah perdana menteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. Masuk kelima lari daripada perjuangan UMNO, sebab itu UMNO perlu dibubar,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok