Dicabar Khairy, Zahid sindir hati-hati kayuh ‘basikal’

April 6, 2021 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyindir Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mencabar supaya pemilihan parti tersebut disegerakan dengan menasihati bekas ketua pemuda itu supaya berhati-hati mengayuh ‘basikal’ yang diketahui umum hobinya.

Ironinya, Zahid mengaitkan aktiviti berbasikal dalam tulisannya dengan seorang menteri yang mengalami kemalangan semasa aktiviti berbasikal selepas termasuk dalam satu lubang.

“Lagipun, peminat sukan berbasikal juga tahu keadaan jalan raya di Lembah Klang. Terlalu banyak jalan yang berlubang.

“Jika pengayuh basikal terjatuh ke dalam lubang, saya percaya agensi yang terlibat dalam mengendalikan jalan tidak akan memohon maaf melainkan anda adalah seorang menteri.

“Maka, jagalah diri dan sayangilah nyawa. Apa yang penting elakkan berada di kawasan trafik sesak kerana ia boleh mengganggu kelancaran lalu lintas,” kata Zahid.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi baru-baru ini mendesak lagi supaya pemilihan parti itu diadakan secepat mungkin sebelum pilihan raya umum diadakan bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi parti ketika ini.

Bagaimanapun, gesaan Khairy tersebut seakan ditolak pucuk pimpinan atasan UMNO yang mendakwa ia akan memecahbelahkan parti.

Disember tahun lalu, Khairy mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya masuk ke dalam sebuah lubang.

Susulan kemalangan tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan yang menimpanya.

Tindakan meminta maaf JKR tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia satu berat sebelah walhal ramai pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat jalan berlubang namun tidak ada pihak berkuasa yang meminta maaf seperti yang dilakukan terhadap Khairy.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Diugut tindakan saman pengikut Najib, MB Kedah kata ‘dia punya pasal’
April 29, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
18 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok