‘Dengan takbir pun takut’

April 22, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden menempelak pihak tertentu susulan pembatalan slot takbir raya oleh Ahli Parlimen PN yang sepatutnya disiarkan di TV3 jam 10.20 malam tadi.

Menurutnya siaran berkenaan adalah berbayar dan notis pembatalan itu diberikan pada jam 10.11 malam, sembilan minit sebelum disiarkan

“Dengan takbir pun takut.

“Selalunya, yang kena rasuk hantu yang bertempik takut bila kita bertakbir.

“Lagi kuat takbir, lagi bertempik hantu syaitan tu.

“Esok, kita takbir kuat lagi. Lepas takbir, talkin,” katanya dalam Facebook beliau malam tadi (21 April 2023).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan TV3 membatalkan slot takbir raya Ahli Parlimen PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada minit-minit terakhir dengan alasan masalah teknikal.

Mengikut jadual, takbir raya PN sepatutnya disiarkan pada jam 10.20 malam tadi, tetapi pada jam 10.11 malam iaitu kurang 10 minit daripada siaran, pihak TV3 memaklumkan pembatalan tersebut secara rasmi.

Bagaimanapun, takbir raya PN yang dipimpin Muhyiddin boleh diikuti di Facebook Perikatan Nasional.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok