DAP beri satu jawatan Exco kepada UMNO, tapi parti Amanah belum pasti

August 15, 2023 · Politik

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersetuju agar seorang wakil UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pulau Pinang bagi mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.

UMNO hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Sabtu, sementara parti Amanah pula hanya menang satu kerusi.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata perkara itu sebulat suara dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam tadi, menurut laporan Bernama.

“DAP menerajui Pulau Pinang menerusi Ketua Menteri kita daripada parti DAP, satu-satunya negeri diterajui Ketua Menteri daripada DAP.

“CEC bersetuju kita cadangkan kepada Ketua Menteri untuk melantik seorang ahli exco daripada UMNO mewakili BN sebab ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN untuk menduduki dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media.

Turut hadir Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dan pimpinan tertinggi parti itu.

Semalam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua setelah gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Daripada jumlah itu, DAP memenangi kesemua 19 kerusi ditandingi, manakala PKR meraih tujuh kerusi, BN (2) dan Amanah satu kerusi.
Dua kerusi dimenangi BN ialah di Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Sungai Acheh yang diwakili Rashidi Zinol.

Sementara itu, Loke berkata parti itu juga akan mengemukakan nama calon kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk diangkat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di tiga negeri diterajui gabungan BN-PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, dalam masa terdekat ini.

Berhubung pascanilai selepas PRN berhubung kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, Loke berkata buat masa ini ia belum dilaksanakan.

“Yang jelas bahawa di kerusi-kerusi yang kita menang ia menunjukkan kerjasama baik antara PH dan BN, ini amat jelas sekali di Negeri Sembilan di mana kita menang 31 daripada 36 kerusi atas kerjasama antara dua gabungan walaupun ia kerjasama baharu tapi ia formula kejayaan dalam pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, Loke menyifatkan kerusi DUN Sungai Pelek di Selangor yang dimenangi DAP pada PRN kali ini, sebagai ‘kerusi kebanggaan’ parti itu, memandangkan hampir 60 peratus pengundi di situ merupakan pengundi Melayu, kira-kira 20 peratus pengundi Cina dan 15 peratus pengundi India.

“Kita meletakkan seorang calon pemimpin akar umbi daripada kaum Cina dan berjaya tewaskan calon PN daripada Bersatu, ini satu contoh kejayaan yang sangat signifikan dan menunjukkan pengundi di Selangor, termasuk Melayu boleh menerima calon PH,” katanya.

Pada PRN baru-baru ini, DAP menang 46 daripada 47 kerusi DUN yang ditandingi di empat negeri, iaitu 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok