Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional

December 7, 2022 · Politik

Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa bahawa parti-parti komponen Perikatan Nasional menerima dana daripada syarikat judi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Laporan itu dibuat Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, tengah hari tadi (7 Disember 2022).

Bercakap kepada media kemudian, Ahli Parlimen Machang itu berkata dakwaan Anwar itu sebenarnya permainan politik yang cuba membina persepsi negatif, seolah-olah Perikatan Nasional menerima dana syarikat perjudian.

“Mungkin tujuan Anwar adalah untuk menggempur pengundi-pengundi Melayu, khususnya ketika pilihan raya Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

“Dan saya yakin pengundi tidak akan termakan dengan fitnah ini kerana ia telah dinafikan oleh pimpinan Perikatan Nasional, terutama oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata laporan polis yang dibuat hari ini juga menunjukkan Perikatan Nasional memandang serius tuduhan itu dan tidak mempunyai apa-apa untuk diselindungkan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Perikatan Nasional mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika Anwar gagal mengemukakan bukti menyokong tuduhan liarnya itu.

PAS sebelum ini meminta Anwar mengemukakan bukti selepas memberikan bayangan bahawa syarikat perjudian, terutamanya yang terbabit dalam “cabutan khas” 4D, sedikit sebanyak membiayai kempen pilihan raya PN.

Sementara itu ketika menjawab soalan, Wan Ahmad Fayhsal berkata seperti parti-parti lain, Perikatan Nasional juga tidak mendedahkan pecahan dana politik yang diterima.

“Perikatan Nasional bersedia untuk membahaskan rang undang-undang pembiayaan politik yang dinanti-nantikan di Parlimen apabila sesi akan datang.

“Jika itu (akta pembiayaan politik) menjadi keutamaan, maka jadilah,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
46 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok