Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka

August 3, 2023 · Politik

Calon serta petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri digalakkan menggunakan pelitup muka dan melaksanakan kawalan kendiri sekiranya mempunyai gejala influenza, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan.

Antara gejala influenza adalah demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala, menurut laporan Bernama.

“Influenza adalah penyakit berjangkit. Bagi mereka yang ada gejala tidak kira calon atau petugas pilihan raya, kalau ada tanda kena cepat jumpa doktor dan laksana langkah kawalan kendiri.

“Contohnya, pakai pelitup muka semasa kempen luar kawasan dan sebagainya supaya tidak jangkiti orang lain,” katanya dalam sidang media selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (MAPSU KKM) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung berlakunya kesesakan di hospital swasta seluruh negara berikutan peningkatan jumlah pesakit influenza.

Pada Isnin lepas (31 Julai), Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljit Singh berkata keadaan kesesakan di hospital swasta seluruh negara semakin membimbangkan apabila kebanyakan pesakit adalah mereka yang dijangkiti influenza.

Semalam, Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan dijangkiti influenza dan diarahkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari.

“Kalau perlu berhenti seketika berkempen maka laksanakanlah. Kita memperkasa komuniti, ahli komuniti serta calon pilihan raya untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Mengenai pertemuan dengan MAPSU KKM hari ini, Dr Zaliha berkata antara isu dibincangkan adalah mengenai isu perjawatan dan waktu bekerja warga KMM.

“(MAPSU KKM) jadi mata dan telinga serta penghubung terus antara pengurusan tertinggi dan pekerja KKM dan diharap ia dapat diteruskan.

“Insya-Allah, saya ambil keputusan untuk pertemuan ini jadi pertemuan berkala di peringkat kementerian iaitu dua kali setahun,” katanya pada pertemuan yang dihadiri Presiden MAPSU KKM Ajulahin Japin.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023· Politik
Puad sokong Zahid kekal Presiden, tak perlu buat pemilihan semula
August 25, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok