C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan

June 3, 2023 · Politik

Isu lantikan Tan Sri Azam Baki yang direstui kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kritikan lagi daripada Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).

Pengerusi badan pemantau rasuah, Edmund Terence Gomez itu tidak faham dengan kerajaan PMX yang meneruskan lantikan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walhal sebelum ini paling lantang membidasnya dalam isu pemilikan saham yang didedahkan oleh pemberi maklumat K Lalitha.

“Kenapa Anwar, yang menyokong pemberi maklumat (Lalitha) dalam kes ini dan secara terbuka berdiri di sisinya dalam isu berkenaan, kini tidak bercakap tentang melindungi pemberi maklumat?

“Sebaliknya, dia melantik semula Azam, yang didedahkan (Lalitha terkait) urus niaga saham yang boleh dipersoalkan.

“Apa yang penting sangat (bagi Anwar sampai) perlu melantik semula ketua pesuruhjaya yang tercemar itu sedangkan dia berpeluang untuk memecatnya (Azam)? Saya tak faham.

“Jika anda tidak mempunyai SPRM yang berwibawa, pemberi maklumat yang manakah akan tampil apabila ketua pesuruhjayanya disaman oleh pemberi maklumat,” soal Gomez dipetik laporan Malaysiakini.

Gomez ditemui pemberita selepas berucap pada forum bertajuk ‘Memperkukuh Dasar Pemberi Maklumat Malaysia: Apa Yang Perlu Dilakukan dan Bagaimana?’ anjuran GerakBudaya hari ini, menurut laporan Malaysiakini.

Gomez yang juga pakar ekonomi menjelaskan bahawa dia tidak mengkritik kerajaan secara membuta tuli, menegaskan bahawa Anwar telah berulang kali berjanji untuk memerangi rasuah.

“Cukuplah bercakap! Tunjukkan kepada saya bahawa anda benar-benar serius bertindak. Kami di sini untuk membantu,” tegasnya.

Gomez meletak jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM pada Disember, 2021 sebagai membantah tindakan panel itu tidak bertindak terhadap dakwaan pemilikan hampir dua juta saham Azam dalam sebuah syarikat tersenarai awam.

Pelantikan semula Azam mengundang kritikan, dengan penyokong antirasuah menggesa Anwar untuk menjelaskan keputusan tersebut.

Gomez turut menyeru pentadbiran Anwar supaya komited melaksanakan reformasi dan janji-janji ketika pilihan raya umum lalu, terutama menjelang pilihan raya negeri yang semakin hampir.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan ahli politik untuk memberi maklum balas sekarang, sekurang-kurangnya berikan kita komitmen awam. Saya bimbang kita mungkin tidak mendapat komitmen untuk perubahan sebenar selepas pilihan raya negeri.

“Kami mempunyai perdana menteri reformis yang berkata dia akan melakukan pembaharuan. Terima kasih, tetapi bolehkah anda melakukannya dengan pantas?

“Kerana walaupun ketika kita sedang bercakap hari ini, ada cakap-cakap bahawa kerajaan ini mungkin tumbang, jadi kita tidak ada banyak masa untuk dibazirkan,” katanya dalam forum itu.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
1 jam lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok