Bung malu dengan wakil rakyat Sabah yang suka melompat

March 2, 2023 · Politik

Tindakan wakil rakyat dari Sabah yang melompat dan keluar parti sangat memalukan, kata Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Pengerusi UMNO Sabah itu menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri yang keluar dan menyertai parti lain adalah satu pengkhianatan, namun ia tidak akan berkekalan kerana ia hanya bersandarkan sifat tamak haloba semata-mata.

“UMNO ini bukan hanya sebuah parti, sebaliknya ia sebuah perjuangan.

“Parti lain pula dibentuk atas berbagai faktor yang tidak dapat kita ilhamkan. Ada yang dibentuk atas lompatan yang begitu banyak, dua tiga kali melompat membentuk parti.

“Tetapi (usaha itu) akhirnya tidak berkekalan sebab saya yakin parti yang dibentuk atas dasar tamak haloba ingin berkuasa semata-mata tanpa memikirkan kepentingan rakyat, tidak bertahan lama,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan juga membidas beberapa ADUN yang melompat parti baru-baru ini untuk menyokong kerajaan negeri Sabah dan mengingkari keputusan parti.

“Sebab saya sendiri dari Sabah, saya malu dengan tingkah laku ADUN dari Sabah yang tidak sedarkan diri.

“Bagi mereka, yang penting dapat kedudukan, jawatan dan habuan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan lima ADUN UMNO Sabah mengumumkan keluar parti, mereka terdiri daripada Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Namun, tindakan mereka bertindak keluar UMNO hanya mengurangkan jumlah ADUN parti itu tetapi tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Serentak tindakan itu, lima ADUN berkenaan turut mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dipimpin Hajiji.

Turut keluar UMNO dan menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar dan beberapa pemimpin bahagian termasuk Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Aziz Ibnu.

Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga ADUN Parti Warisan yang mengumumkan keluar parti awal bulan ini.

Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chrn Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi).

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok