BN akan kalah di Perlis: Zahidi

November 13, 2022 · Politik

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin meramalkan Barisan Nasional (BN) buat julung kalinya akan kalah teruk di Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar itu turut menjangkakan BN akan hilang sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen iaitu Arau serta kawasan ditandinginya.

Dalam PRU-15 ini, Zahidi yang digugurkan oleh BN, bertanding atas tiket Bebas untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar.

Beliau berdepan saingan lima penjuru daripada calon Perikatan Nasional, Datuk Rushdan Rusmi; Ko Chu Liang (Warisan); Datuk Zahida Zarik Khan (BN); dan Mohamad Saad @ Yahya (PH).

Kerusi Parlimen Arau pula ditandingi seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang digugurkan, Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Difahamkan, satu lagi kerusi iaitu Parlimen Kangar, BN turut berdepan masalah menarik pengundi, susulan kebangkitan gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional.

Mengulas lanjur, Zahidi berkata ramalan beliau dibuat hasil kajian dan situasi semasa sokongan yang semakin menurun terhadap BN setelah parti itu menggugurkan calon boleh menang.

Beliau turut menjangkakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya Sabtu ini.

“Di Arau, empat kerusi sudah tentunya kalah, iaitu Guar Sanji, Pauh, Simpang Empat dan Sanglang. Di Kangar, BN dijangka kalah di Kuala Perlis, Indera Kayangan, Sena dan Bintong.

“(Di) Padang Besar, BN dilihat sudah pasti kalah di DUN Titi Tinggi, manakala Parlimen Arau, Shahidan Kassim dilihat tidak menghadapi masalah untuk menang, selain Padang Besar peluang 50-50 untuk BN menang,” katanya menurut Utusan.

Berita berkaitan
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok