Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?

October 28, 2022 · Politik

Walaupun cuba menonjolkan dirinya seorang pembela umat Islam di Palestin, namun sehingga hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menarik kenyataannya berhubung isu Israel yang disiarkan pada 2012 lalu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Presiden PKR itu jangan terlalu bongkak dengan memuji diri sendiri kononnya pejuang nombor satu Palestin walhal sehingga hari ini umat Islam tidak akan melupakan kenyataan dikeluarkan beliau semasa wawancara dengan Wall Street Journal pada 2012 yang membangkitkan kemarahan ramai.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak dan langsung tidak menjawab persoalan saya iaitu samada beliau akan menarik balik kenyataan beliau ‘menyokong kesemua ikhtiar untuk membela keselamatan negara Zionis Israel itu daripada apa-apa ancaman keselamatan’.

“Inilah pendirian Anwar kepada akhbar Wall Street Journal dalam tahun 2012 yang membawa kepada kecaman Duta Palestin terhadapnya.

“Mengelak daripada menjawab atau memberi penjelasan yang kabur sudah menjadi ciri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ramai mengenali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Faizal berkata walaupun sebelum ini pernah ditahan komando Israel sebelum ini semasa misi kemanusiaan pada 2010, beliau tidak pernah menggelar dirinya sebagai pejuang Palestin nombor satu.

“Saya menyeru agar Anwar atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takabbur dengan mengelar diri sebagai Pejuang nombor satu Palestin.

“Saya sendiri telah ditangkap oleh tentera komando Israel pada tahun 2010 bersama 5 orang aktivis Malaysia ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Tetapi saya tidak pernah menepuk dada dan menggelar diri sebagai pejuang Palestin nombor satu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Tambun itu menggesa supaya Anwar menarik balik kenyataan dibuatnya sebelum ini bagi memberi mesej jelas kepada rejim Israel.

“Anwar turut berbangga dalam kenyataannya di Ipoh bahawa beliau kononnya rapat dengan pemimpin Palestin terkemuka Yasser Arafat.

“Jika benar, kenapa susah sangat bagi beliau untuk menarik balik kenyataan kontroversinya yang menyokong jaminan keselamatan kepada Israel manakala yang ditindas dan dibunuh harian adalah rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak?

“Saya menyeru Anwar, sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk segera menyatakan samada beliau akan menarik balik atau tidak kenyataan tersebut. Rejim Israel harus mendapat mesej yang amat jelas bahawa pemimpin negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dengan mereka,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Anwar yang sebelum bertanding di Port Dickson sudah mengumumkan berpindah kawasan ke Tambun bagi mencabar Faizal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Berita berkaitan
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
17 jam lalu· Isu semasa
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu· Politik
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
23 jam lalu· Isu semasa
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
7 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
8 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Srikandi Bersatu gesa PH-BN tak mansuh Skim Rumah Pertamaku
March 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok