Bersatu perlu terus berani berjuang

October 1, 2022 · Politik

Bersatu hanya boleh meneruskan perjuangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bersama Gerakan dan beberapa parti di Sabah serta Sarawak, sekiranya PAS membuat keputusan bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Bersatu Selayang Daud Ibrahim berpendapat sekiranya pertemuan antara Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan parti Islam itu akan bersama Barisan Nasional (BN), maka Bersatu tidak boleh berbuat apa-apa.

Katanya setakat ini, Bersatu hanya bersama Gerakan, selain PAS dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak, tetapi, tidak mustahil politik akan menjadi pertembungan satu lawan satu, dengan khemah besar berdepan BN.

“Andaikata pertemuan antara TG Abd Hadi menjadi kenyataan yang PAS akan bersama BN, apa yang Bersatu boleh buat ialah, meneruskan pertembungan ini secara berani, walaupun dilihat menghadapi kesukaran.

“Mungkin dalam senyap, pihak yang dilihat bermusuh dengan BN, mahu menjalankan tugas mereka, memberi kemenangan kepada BN, sebagai langkah menumbangkan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daud berkata BN sebuah parti lama, yang berpengalaman dalam soal-soal “ambil mana yang sempat”, berbanding Bersatu berdiri tegas menolak rasuah, kleptokrat dan berintergriti.

Menurutnya jika PN gagal mendapat sokongan daripada parti-parti lain, ianya disebabkan parti berkenaan tidak mahu melawan rasuah, kleptokrasi atau tidak mahu mempertahankan integriti.

“Hitam lawannya putih. Siang lawannya malam. Apa yang dibawa oleh Bersatu, jika boleh dikongsi, akan dikongsi sama. Jika Bersatu mahu menentang rasuah, tidak ada sebab parti-parti lain tidak bersetuju, kecuali UMNO dan BN.

“Dari segi sejarahnya, BN memang terkenal dengan parti yang sering “memudahkan pemimpin mereka” masuk penjara, walaupun ada yang terlepas kerana teknikal.

“BN mempunyai senarai yang panjang barisan nama-nama besar dipenjarakan kerana rasuah, selain kes bunuh dan pecah amanah. Barangkali, pemimpin-pemimpin parti politik lain tidak kisah dengan apa yang diperjuangkan oleh Bersatu dan PN ini, menyebabkan mereka mahu BN terus hidup.

“Dari ceramah-ceramah yang kita dengar, mereka seolah-olah mahu menentang rasuah, menolak kleptokrat dan mempertahankan intergiriti, tetapi dari segi perbuatannya, mereka “memberi jalan” kemenangan kepada BN,” katanya.

Daud juga menjelaskan bahawa langkah untuk memecah undi adalah perkara biasa yang dilakukan bertujuan memenangkan pihak utama yang berasa tergugat.

“Inilah ujian terbesar, jika berlaku, terhadap Bersatu, yang sanggup meninggalkan Pakatan Harapan (PH) kerana ketidakadilan kepada orang Melayu, yang terkesan dengan perbuatan parti bukan Melayu terhadap mereka.

“Andaikata, rakyat memilih untuk memberi undi kepada PN, syukur Alhamdulilah. Tetapi, jika sebaliknya, tidak ada apa yang perlu dikecewakan, kerana “kalah seketika” untuk kemenangan yang lebih besar, adalah sesuatu yang lebih bermakna.

“Jika mereka menang, mustahil mereka dapat segala-galanya. Jika kita kalah, mustahil kita kalah semua. Kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menentukan hala tuju politik Bersatu dan PN perlu disokong. Tidak perlu dipersoalkan. Mustahil beliau melakukan sesuatu untuk melemahkan PN,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok