Bersatu desak SPRM siasat belanja PH, BN susulan dakwaan Raja Petra

February 6, 2023 · Politik

Bersatu Bahagian Rembau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun dan sumber perbelanjaan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Ketua Bahagian Bersatu Rembau, Nazree Yunus berkata siasatan itu perlu dilakukan berdasarkan dakwaan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin melalui video di Facebooknya yang tular baru-baru ini.

Katanya berdasarkan video tular, Raja Petra memaklumkan bahawa kepimpinan PH dan BN mempunyai kewangan yang luar biasa dan berbelanja secara luar biasa dalam kempen pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Nazree, Raja Petra memaklumkan bahawa BN berbelanja sehingga RM6 juta dan PH (RM10 juta) bagi satu kerusi Parlimen.

“Ini bermakna anggaran jumlah perbelanjaan yang didakwa adalah mungkin boleh mencecah lebih daripada RM 1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menyiarkan pautan dakwaan yang disiarkan kelmarin (4 Februari).

Justeru, katanya Bersatu Rembau menyarankan agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh agensi pihak berkuasa dalam menyiasat secara telus dan adil.

Nazree berkata Bersatu terbuka dan telah pun memberikan kerjasama kepada SPRM dalam isu siasatan kononnya berlaku penyelewengan RM600 bilion dan kemudian diturunkan menjadi RM92.5 bilion hingga menjadi RM300 juta, seperti yang dituduh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, Bersatu Rembau menggesa agar PH (DAP, PKR, Amanah) dan UMNO untuk memperjelas serta mendedahkan sumber dan akaun perbelanjaan yang dikatakan ‘luar biasa’ yang dibelanjakan sewaktu PRU-15,” katanya.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
45 minit lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
24 jam lalu · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok