Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah

February 1, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menggunakan agensi kerajaan untuk menekan musuh politiknya dibidas Bersatu.

Bersatu membidas kerajaan campuran PH-BN yang terpalit dengan pelbagai persepsi negatif supaya tidak menggunakan taktik kotor dengan menekan musuh politiknya, malah kes mahkamah dihadapi pemimpin UMNO juga sengaja dilambat-lambatkan.

Bersatu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan PH-BN yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka bagi membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional.

“Kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan akaun parti Bersatu yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas isu lantikan anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat.

Dalam pada itu, Hamzah berkata Bersatu akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap fitnah yang dilemparkan oleh penyokong kerajaan campuran sehingga menyebabkan tindakan SPRM diambil terhadap mereka.

“Bersatu dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada Bersatu.

“Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas Bersatu dapat dihentikan segera.

“Para pemimpin dan pegawai parti Bersatu yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya lagi.

Hamzah juga berkata menggesa supaya ahli Bersatu bertabah dan kekal beritiqamah dalam menghadapi ujian dan tekanan politik daripada kerajaan campuran dipimpin PH-BN ini.

“Bersatu sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli-ahli Bersatu dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian dan fitnah ini,” katanya lagi.

Langkah membekukan akaun Bersatu tersebut diambil menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan campuran PH-BN dilihat cuba menggunakan taktik kotor untuk menyekat kemaraan lawannya, ia memandangkan pelbagai isu terpalit melibatkan pentadbiran kerajaan ketika ini.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
7 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok