Berdosa besar khianati penyatuan ummah

April 7, 2021 · Politik

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pihak tertentu yang mengkhianati dan menghancurkan penyatuan ummah sebagai melakukan ‘dosa besar’.

Apa lagi jika penyatuan itu membolehkan orang Islam memegang tampuk kuasa, tetapi kemudian dikhianati, jelasnya dalam kenyataan, hari ini tanpa menyebut pihak terbabit.

Annuar adalah antara pemimpin kanan UMNO yang kuat menentang keputusan parti itu untuk memutuskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan kebanggaannya dengan perjuangan Bersatu dan PAS dalam meletakkan agenda penyatuan ummah lebih dahulu, sedangkan UMNO mengisytiharkan perpecahan demi perpecahan di kalangan bangsa Melayu dan umat Islam.

“Bagi saya, adalah haram apabila ummah yang sudah bersatu, kemudian memegang tampuk kuasa di bawah pemerintah Islam, Ulil Amri, lalu kita khianati dan menghancurkannya, jawabnya berdosa.

“Lebih besar dosanya, jika kita meninggalkan saudara sesama kita (ahli syahadah) lalu mengambil musuh yang nyata sebagai orang kepercayaan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa MN sudah berdaftar dan memiliki sijil, tetapi ia tidak menjadi masalah sebaliknya usaha memperkukuh gabungan itu mesti diteruskan.

Dalam kiriman Facebooknya, beliau turut memuat naik sijil pendaftaran dan tanda dagangan MN yang diserahkan seorang ahli perniagaan kepadanya secara sukarela.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok