Bakal sertai BN, kini Zuraida dedah beberapa MP dan ADUN akan sertai PBM

September 10, 2022 · Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) bakal menerima tiga lagi Ahli Parlimen (MP) dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyertai parti tersebut.

Bakal Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yang sebelum mengesahkan sudah memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) mendedahkan penyertaan wakil rakyat tersebut akan mengukuhkan kedudukan parti itu untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Insya-Allah, saya sudah katakan PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN, semuanya melibatkan calon ‘incumbent’ (penyandang). Insya-Allah kita sasar tujuh kerusi Parlimen dan tujuh DUN.

“Sekarang ada empat (kerusi Parlimen), insya-Allah akan ada (tambah) lagi tiga. Sama juga dengan ADUN, sekarang sudah ada lima, iaitu tiga di Perak, dua di Selangor dan insya-Allah, dua lagi akan datang,” katanya dipetik laporan BH.

Zuraida bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lima wakil rakyat terbabit.

Ketika ini, PBM diwakili Zuraida sendiri mewakili Parlimen Ampang, selain Larry Sng (Julau), Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) dan Datuk Dr Mohamadin Ketapi (Lahad Datu) di Dewan Rakyat.

Lima ADUN parti itu pula adalah dua di Selangor, iaitu Haniza Talha (Lembah Jaya) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa), selain tiga di Perak, iaitu Leong Cheok Keng (Malim Nawar), A Sivasubramaniam (Buntung) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh).

Zuraida yakin lebih ramai akan mendaftar menjadi ahli PBM yang ditubuhkan sebagai parti berbilang kaum dan bermatlamat untuk mengubah landskap politik negara menjadi stabil dan harmoni.

“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia dikenali dengan identiti Bangsa Malaysia dan bukan lagi mengikut latar belakang kaum dan ini adalah keunikan parti ini yang diterajui masyarakat berbilang kaum.

“Kita juga punya kepemimpinan daripada golongan berusia dan juga muda, menjadikan ini satu lagi kekuatan PBM. Walaupun masih baharu, tetapi lebih kuat daripada beberapa parti politik lain sedia ada,” katanya lagi.

Terdahulu, Zuraida berkata mereka masih menunggu keputusan rasmi daripada BN berhubung permohonan untuk menyertai gabungan tersebut.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
4 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok