Azmin pandai dalam bab video, audio: Anwar

April 12, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kembali bekas orang kanannya, Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa klip audio tular pakatan sulit dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah tulen semalam.

Presiden PKR itu secara sinis mengaitkan video intim yang tular sebelum ini melibatkan Azmin dengan seorang anak muda PKR di Sabah pada 2019 lalu.

“Tak pa la… itu pandangan dia (Azmin)… dia (Azmin) pasal video pasal audio ni dia pandai,” kata Anwar kepada wartawan selepas majlis Membangun Khayra Ummah: Reformasi Islahiya dan Agenda Pemberdayaan Umat di Paroi, Negeri Sembilan, hari ini.

Azmin semalam mengesahkan klip audio perbualan dengan Zahid adalah sahih berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pegawai Anwar.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau sekian lama dan merupakan (bekas) setiausaha sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan,” kata Azmin.

Terdahulu, Anwar dan Zahid dikaitkan dalam satu klip audio yang tular sedang berpakat merancang strategi politik ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu.

Sebelum ini, pada 12 Jun 2019, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dalam video seks tular, sekali gus menamakan Azmin sebagai pasangannya.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh bekas timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Pada Jan tahun lepas, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan membuat pendakwaan berhubung kes tersebut kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video berkenaan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok