Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan esok, bukan wakil UMNO

August 13, 2023 · Politik

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada pukul 3 petang esok di Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau bagaimanapun masih berteka-teki mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar nanti, menurut laporan Bernama.

“Esok baru tahu siapa Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Katanya beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini pagi tadi bagi memaklumkan situasi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini semalam.

Keputusan PRN negeri ini menyaksikan Kerajaan Perpaduan, gabungan PH dan UMNO berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 kerusi, iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Aminuddin berkata PH negeri ini masih sebulat suara mencadangkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

“Pakatan Harapan (PH) masih sebulat suara mencadangkan saya sebagai Menteri Besar, saya rasa itu tak berubah,” katanya menambah keputusan muktamad ditetapkan kepimpinan pusat.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok