Amanah juga pertahankan lantikan Izzah, perlu diberikan peluang

February 3, 2023 · Politik

Parti Amanah mempertahankan lantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecoh baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata peluang perlu diberikan kepada Izzah untuk menjalankan tugas sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, ia walaupun pelbagai pihak termasuk badan anti-rasuah yang mengkritik langkah kerajaan tersebut boleh membawa kepada unsur nepotisme.

“Sekarang kita beri dia peluang membukti keberkesanan penasihat-penasihat yang dilantik. Kita lihat dan tengok saja dan dalam keadaan tiada kos, tiada sebab (untuk) kita gusar.

“Selepas setahun barulah kita boleh komen dan sekiranya tiada apa-apa sumbangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik bolehlah kita persoalkan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun Khalid berkata dia yakin Izzah lebih berkesan berbanding penasihat-penasihat dan duta bertaraf menteri yang dilantik kerajaan sebelum ini.

Izzah menjadi perhatian selepas memberitahu media bahawa Anwar melantiknya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk daripada Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

Anwar juga sebelum ini mempertahankan pelantikan Izzah itu dibuat berdasarkan kelayakannya.

Katanya, Izzah mempunyai ijazah kejuruteraan dan bidang dasar awam dari Universiti Johns Hopkins di AS.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan langkah Anwar melantik Izzah boleh dilihat sebagai kembalinya amalan kronisme dan nepotisme di negara ini.

“Pada pandangan kami, ia memberi isyarat yang salah dan saya khuatir jika tidak diperbetulkan, ia akan diambil kira dalam persepsi umum di negara ini.

“Persepsi hari ini ialah kronisme telah kembali dan nepotisme telah menyelinap masuk, dan ini tidak baik,” kata Presidennya Muhammad Mohan.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok