ADUN pembangkang tidak dapat peruntukan di negeri ditadbir PKR sedia dipotong gaji

June 3, 2021 · Politik

Walaupun Ahli Parlimen blok pembangkang enggan memotong gaji atas alasan tiada peruntukan daripada Kerajaan Pusat, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri Selangor yang diperintah PKR sedia memotong gajinya untuk disalur kepada rakyat yang terjejas ketika pandemik Covid-19.

ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata alasan Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa Kerajaan Pusat memotong peruntukan mereka, hanya retorik politik walhal kerajaan PKR Selangor juga tidak menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang negeri itu.

“Saya sedia dipotong gaji sebagai ADUN walaupun kerajaan negeri tidak memberikan sebarang peruntukan kepada saya… kalau tidak mahu membantu rakyat janganlah memberikan macam-macam alasan, walhal kita tahu mereka sebenarnya sayangkan gaji Ahli Parlimen mereka.

“Sebagai contoh peruntukan untuk Covid-19 yang disalurkan kepada DUN Selangor, peruntukan tersebut disalurkan kepada penyelaras Parlimen di kawasan tersebut… macam saya, mana ada penyelaras DUN di Parlimen Sepang ini bagi satu sen kepada saya untuk mengadakan program atau bantuan kepada rakyat,” katanya kepada Agenda Daily.

Adhif memberitahu peruntukan kerajaan negeri disalurkan menerusi penyelaras DUN di kawasan Parlimen tersebut yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin namun tidak ada bantuan yang diterimanya memandangkan Bersatu adalah pembangkang di Selangor.

“Kalau nak potong gaji untuk rakyat, saya sedia… tak perlu nak bagi alasan macam-macam seperti Ahli Parlimen pembangkang.

“Kalau bakhil kepada rakyat, nanti masa Pilihan Raya Umum nak minta undi kena minta daripada rakyat juga… buat apa nak berkira-kira sekarang dengan rakyat?” katanya lagi.

Agenda Daily menghubungi Ahli Parlimen blok pembangkang dan majoritinya seakan cuba mengelak daripada memotong gaji Ahli Parlimen atas alasan ia akan digunakan untuk tujuan membiayai operasi pejabat mereka.

“Daripada Kerajaan Pusat kepada semua Ahli Parlimen yang baharu sahaja diberikan, untuk pendaftaran vaksinasi.

“RM100 ribu tidak mencukupi, jadi kami gunakan daripada gaji sendiri. Peruntukan untuk pejabat pun tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat,” kata Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto selepas ditanya berhubung kesediaan untuk menyumbangkan gaji mereka bagi membantu rakyat terjejas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen AMANAH Shah Alam, Khalid Samad pula berkata mereka tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan terpaksa menggunakan gaji sendiri untuk menampung program-program di kawasan.

“Masalahnya Ahli Parlimen pembangkang tak dapat peruntukan. Menggunakan gaji untuk sebahagian program-program.. Kalau dapat peruntukan takde masalah,” katanya apabila ditanya berhubung kesediaan memotong gaji untuk membantu rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO merangkap ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berada dalam negeri diperintah PKR juga mengumumkan untuk menyumbang semua gaji dan elaun selaku wakil rakyat selama enam bulan kepada pusat khidmat DUN di kawasannya bagi membantu meringankan beban sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa kelmarin.

Beliau sebelum ini menggesa langkah Kerajaan Pusat menyumbangkan tiga bulan gaji Menteri dan Timbalan Menteri kepada Akaun Amanah Bencana mesti disusuli sumbangan elaun dan imbuhan keraian yang dinikmati mereka.

“Saya akan meminta kerajaan negeri untuk memasukkan semua gaji dan elaun saya ke akaun yang akan diuruskan oleh Pusat Khidmat DUN Rantau untuk kegunaan penduduk di DUN itu.

“Selama ini pun di Pusat Khidmat kita memang ada membantu rakyat yang memerlukan dari segi keperluan, terutama mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, blok pembangkang, Pakatan Harapan tidak bersetuju agar Ahli Parlimen mereka dipotong gaji sama seperti yang dilakukan oleh Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan Perikatan Nasional untuk disalurkan ke dalam tabung bencana Covid-19.

Pembangkang memberi alasan kononnya Kerajaan Pusat memotong peruntukan kepada mereka dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengendalikan operasi pejabat di kawasan, selain gaji dan elaun yang mereka dapat.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok