Tak perlu rehatkan Sivakumar yang sedang disiasat, kata AMK

April 24, 2023 · Opinion

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar tidak perlu direhatkan walaupun sedang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kata sayap pemuda PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak senada dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim yang sebelum ini mencadangkan supaya kerajaan campuran merehatkan Sivakumar yang sedang disiasat SPRM kerana sudah memberi kerjasama berhubung kes tersebut.

“Pada pandangan saya kerjasama diberikan menteri itu sudah memadai dan tindakan lanjut diserahkan kepada SPRM,” kata Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Terdahulu, Hasan yang juga Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menggesa Sivakumar bercuti dari tugasnya sebagai menteri sehingga SPRM selesai menjalankan penyiasatan terhadap membabitkan pegawai kanannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, tindakan itu menunjukkan teladan positif selaras dengan agenda Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah.

“Yang Berhormat Menteri tentu lebih faham mengenai prinsip ‘tanggungjawab kolektif’ dan ‘tanggungjawab menteri’ dalam fungsi kerja Jemaah Menteri atau Kabinet Kerajaan Persekutuan.

“Jangan tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan supaya menteri yang terpalit kementeriannya dengan rasuah supaya bercuti ataupun meletakkan jawatan,” katanya.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, adalah tidak wajar mana-mana pihak membuat telahan awal berhubung kes itu yang kini dalam proses siasatan.

“Sekiranya ada tindakan lanjut, saya percaya beliau (Sivakumar) tahu apa yang perlu beliau lakukan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Opinion terkini
Kabinet tak pernah bincang isu pengampunan Najib, kata DAP
April 10, 2023 · Opinion
MIC serah kepada PM tentukan PRU-15 diadakan
December 12, 2021 · Opinion
Seperti dijangka, Pemuda UMNO Kuala Terengganu bawa usul bubar Parlimen
December 11, 2021 · Opinion
Tanding bebas, Bersatu teliti tindakan terhadap calon DUN Krian
December 6, 2021 · Opinion
PRN Melaka: Akar umbi pasang poster desak Zahid letak jawatan
November 18, 2021 · Opinion
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok