Kabinet tak pernah bincang isu pengampunan Najib, kata DAP

April 10, 2023 · Opinion

DAP mendakwa permohonan pengampunan Diraja ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Kabinet.

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu tidak dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan kerana ia adalah pendirian UMNO dan bukan kerajaan.

“Kita kena bezakan kerana isu itu adalah pendirian UMNO sebagai parti politik, bukan pendirian kerajaan.

“Untuk adil kepada menteri UMNO, ia tak pernah dibawa ke (mesyuarat) Kabinet, jadi ia bukan pendirian kerajaan,” katanya dipetik laporan BH.

Sebelum ini media melaporkan, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memohon kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Presiden parti itu sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu MT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan sayap Pemuda dan Puteri.

Sementara itu mengulas mengenai surat yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berhubung pelanggaran kod etika membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali, Anthony menegaskan, perkara itu juga tidak pernah dibincangkan oleh jemaah menteri.

Terdahulu Azalina menerusi kenyataan menjelaskan, pelanggaran itu dikenal pasti menerusi kesimpulan dalam laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
1 jam lalu· Rencana
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Opinion terkini
Tak perlu rehatkan Sivakumar yang sedang disiasat, kata AMK
April 24, 2023 · Opinion
MIC serah kepada PM tentukan PRU-15 diadakan
December 12, 2021 · Opinion
Seperti dijangka, Pemuda UMNO Kuala Terengganu bawa usul bubar Parlimen
December 11, 2021 · Opinion
Tanding bebas, Bersatu teliti tindakan terhadap calon DUN Krian
December 6, 2021 · Opinion
PRN Melaka: Akar umbi pasang poster desak Zahid letak jawatan
November 18, 2021 · Opinion
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok