MIC serah kepada PM tentukan PRU-15 diadakan

December 12, 2021 · Opinion

MIC menggesa pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi menentukan masa paling sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata tiga parti komponen BN iaitu MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan MIC, telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab mengadakan PRU15 kepada kebijaksanaan Ismail Sabri, lapor Bernama.

“Pada masa yang sama, kepada persoalan bila PRU harus diadakan, saya dengan rendah diri menggesa pucuk kepimpinan BN untuk memberi ruang yang secukupnya kepada Yang Amat Berhormat PM kita untuk menentukan masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Opinion terkini
Tak perlu rehatkan Sivakumar yang sedang disiasat, kata AMK
April 24, 2023 · Opinion
Kabinet tak pernah bincang isu pengampunan Najib, kata DAP
April 10, 2023 · Opinion
Seperti dijangka, Pemuda UMNO Kuala Terengganu bawa usul bubar Parlimen
December 11, 2021 · Opinion
Tanding bebas, Bersatu teliti tindakan terhadap calon DUN Krian
December 6, 2021 · Opinion
PRN Melaka: Akar umbi pasang poster desak Zahid letak jawatan
November 18, 2021 · Opinion
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok