Ulama berpengaruh buat keputusan sokong program vaksinasi kerajaan

June 3, 2021 · Isu semasa

Seorang ulama yang juga pengasas Mujamma’ Darul Hadis Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang sebelum ini bersikap negatif terhadap isu vaksin Covid-19 hari ini mengubah pendiriannya dan menyokong program vaksinasi kerajaan.

Malah beliau berpendapat dengan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini adalah perlu kaedah vaksinasi itu diterapkan ke dalam masyarakat bagi menangani wabak Covid-19.

Beliau sebelum ini agak keras dalam isu vaksin, namun selepas direnung dan dikaji situasi semasa berkaitan bahaya Covid-19 dengan sebaik-baiknya, beliau berpendapat perlu mengubah pendirian demi kemaslahatan ummah.

“Sebenarnya mengubah pendirian ini bukanlah suatu benda yang salah, malah itulah yang terbaik berdasarkan situasi.

“Contoh seperti fatwa Imam Syafie, sewaktu di Iraq fatwanya lain, kemudian apabila di Mesir fatwanya lain berdasarkan penduduk setempat,” katanya pada sesi soal jawab ketika menyampaikan kuliah rutin secara atas talian, hari ini dengan tajuk ‘Pendirian terkini tentang isu vaksin’.

Syeikh Muhd Zainul mengakui sebelum ini beliau bersikap negatif dalam isu vaksin, tetapi berdasarkan situasi hari ini beliau mengambil keputusan menyokong usaha vaksinasi yang dijalankan kerajaan.

“Sebenarnya saya negatif mengenai isu vaksin sebelum ini. Tapi hari ini saya nampak, kita kena bersama kerajaan. Sebab saya renung, berfikir, kerajaan ini bertindak dan bertanggungjawab ke atas semua rakyat. Sebab kaedahnya adalah berdasarkan kemaslahatan atau situasi yang berlaku kini.

“Melihat kepada orang ramai yang perlu dikuarantin, seperti orang tua dan kanak-kanak yang menunggu tanpa ada ubat, saya rasa kasihan,” katanya

Syeikh Muhd Zainul juga berpendapat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini melakukan tanggungjawab dengan tepat berbanding dengan kerajaan sebelum ini.

“Ada pun kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan yang sebelumnya, di mana yang sebelum ini kita hari-hari susah hati.

“Kerajaan yang ada ini kerajaan yang sah melalui undang-undang negara. Saya mengajak kita semua berfikir dengan waras untuk kita bersama menangani isu Covid-19 ini,” katanya sambil merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Disember lalu iaitu mengharuskan pengambilan vaksin.

Katanya, beliau menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana isu pemberian vaksin itu telah dibincangkan oleh mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan fatwa.

“Berdasarkan kaedah hukum yang kerajaan keluarkan, inilah hukum syarak, jika masih ada rakyat yang tidak mahu ambil (vaksin) terpulang kepada diri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, setiap perkara baharu pasti ada baik dan buruknya, tetapi kesan apabila tidak bersama dengan pendapat jumhur ulama itu adalah lebih besar.

Berita berkaitan
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
Syed Saddiq umum MUDA keluar kerajaan, bidas kerajaan hentikan kes Zahid
September 10, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
1 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
4 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok