Tiga beradik lemas di Port Dickson

April 23, 2023 · Isu semasa

Kegembiraan empat beradik berkelah bersama saudara mereka sempena cuti Aidilfitri, bertukar tragedi apabila tiga beradik wanita lemas ketika mandi manda di Pantai Cahaya, Port Dickson, petang tadi (23 April 2023).

Mangsa wanita dikenali sebagai R Kalavani, 30, Dawige, 29 dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya, J Sathiswaran, 29, diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba, Azizee Alias, berkata ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya dari Banting, Selangor dan seorang saudara lelakinya dari Perak datang berkelah ke pantai itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke tempat berkenaan.

“Mayat ketiga-tiga mereka itu ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Cuti peristiwa pada Ahad jika PN menang PRN Kedah: Sanusi
August 12, 2023· Politik
Kemasukan pelancong ramai dapat kukuhkan nilai ringgit: Mat Maslan
July 4, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok