Kemasukan pelancong ramai dapat kukuhkan nilai ringgit: Mat Maslan

July 4, 2023 · Isu semasa

Peningkatan kemasukan pelancong luar ke negara ini diyakini dapat mengukuhkan nilai mata wang ringgit yang kini agak rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata ketika ini lebih 200 juta pelancong dari China sedang merangka perjalanan mereka ke pelbagai negara dan berharap memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan, menurut laporan Bernama.

“Kita inginkan pelancong yang ramai kerana ia memberi pendapatan kepada negara termasuk rakyat yang terlibat dalam sektor pelancongan, hotel, makanan dan minuman.

“Pada masa sama permintaan terhadap ringgit akan menjadi lebih tinggi apabila pelancong ramai datang dan ia dapat memperbaiki prestasi ringgit,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Jeti Penumpang Port Dickson di sini hari ini.

Justeru, katanya agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu turut memainkan peranan dalam merancakkan lagi sektor ekonomi pelancongan di negara ini.

“Hal lambat di lapangan terbang dan di jeti ini perkara yang berulang. Saya kira pada saat kita memerlukan pelancong yang ramai datang ke negara ini, antara agensi yang memainkan peranan penting ialah Kastam iaitu bagi menguruskan ketibaan pelancong dari luar.

“Namun, saya lihat ada penambahbaikan dilakukan, contohnya di jeti ini, Kastam menggunakan pendekatan mengumpul barangan untuk disaring di mesin pengimbas sementara penumpang lain berbaris menunggu giliran di kaunter, ia satu kaedah boleh percepatkan proses barisan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri merekodkan kutipan rampasan serta tangkapan lebih RM800,000 bagi tempoh enam bulan tahun ini.

Menurutnya daripada jumlah itu, cukai yang sepatutnya dikutip ialah RM1.04 juta yang melibatkan barangan seperti rokok, minuman keras dan kenderaan.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
16 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok