Tiada satu pun kapal tempur TLDM siap, tapi kerajaan bayar RM6.083b

August 4, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebuah pun Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disiapkan walaupun kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek itu.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata kontrak projek itu diberikan kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina lima LCS.

Menurutnya kajian daya maju kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat terbabit.

Ini dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

“Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini yang menggariskan sembilan rumusan diperoleh PAC menerusi prosiding berkaitan kontrak projek itu.

Wong berkata PAC juga mendapati pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Katanya, pada asalnya, reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM telah dipersetujui oleh Menteri Pertahanan tetapi keputusan itu telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.

“Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, Panglima TLDM pada ketika itu, keputusan tersebut adalah “something is gravely wrong”,” katanya menurut BH.

PAC juga mendapati terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan yang mana pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

“Ini adalah luar biasa dan menyebabkan bayaran kemajuan LCS1 melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus (bayaran sebanyak 63.8 peratus berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7 peratus),” katanya.

Isu berkaitan LCS semakin menarik apabila pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam LCS oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Laporan yang disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki itu menyatakan individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun adalah CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut dan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 24 Januari.

Kedua-dua individu terbabit disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Salah seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Sumber itu berkata siasatan kes tersebut tertumpu kepada kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Pada 21 November lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok