Tiada keperluan kerajaan perkenal semula GST buat masa ini

September 6, 2022 · Isu semasa

Kerajaan masih belum diperingkat yang perlu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, ini disebabkan oleh momentum pemulihan ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan 6.9 peratus pada separuh pertama tahun ini dan disokong oleh peningkatan permintaan dari dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh, lapor Bernama.

“Sehubungan itu, kerajaan yakin ekonomi negara akan mencatat unjuran pertumbuhan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi tahun 2022,” katanya.

Mohd Shahar berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST semasa sesi libat urus Kementerian Kewangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak di sini hari ini.

Sesi libat urus itu diadakan sebagai salah satu usaha kementeriannya untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada komuniti perniagaan untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2023.

Beliau berkata, bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara, fokus kerajaan dalam bajet akan datang adalah kepada inisiatif pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya melalui peningkatan pendapatan dan perlindungan sosial, daya saing perniagaan dan rantaian nilai berkaitan, serta memperkukuh daya tahan negara terhadap kejutan di masa depan.

Beliau berkata, paras inflasi negara bagi enam bulan pertama 2022 ialah pada kadar 2.5 peratus, jauh lebih rendah daripada kadar inflasi di negara lain, dan kekal terkawal berikutan pelaksanaan langkah kawalan harga dan pemberian subsidi oleh kerajaan.

Katanya, langkah kerajaan untuk meneruskan dan menambah baik subsidi menyebabkan perbelanjaan untuk bantuan dan subsidi dianggarkan meningkat kepada RM77.7 bilion berbanding RM31 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.

“Tanpa subsidi yang disediakan untuk barangan asas, dianggarkan inflasi akan melonjak kepada 11.4 peratus,” jelas beliau.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Keputusan PRN 2023 jejas legitimasi kerajaan Anwar untuk terus memerintah: Jayum
August 14, 2023· Politik
Fadillah pelawa PN sertai kerajaan campuran, bagaimana pula dengan UMNO dan DAP?
June 18, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
21 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok