Tak perlu darurat kerana banjir libatkan beberapa negeri sahaja: Zahid

January 28, 2023 · Isu semasa

Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sudahpun melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi membantu kawasan terlibat ketika ini, menurut laporan Bernama.

Bercakap dalam persidangan media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Mersing, di sini hari ini, beliau berkata tindakan telah diambil bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada ketua isi rumah yang terlibat di kawasan yang dilanda bencana, termasuk bantuan pasca banjir.

Katanya kerajaan menerusi pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa menggembleng tenaga dan meningkatkan pengurusan serta usaha bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Turut sama hadir di sidang media itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Sementara itu Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah meluluskan serta-merta pelan jangka pendek pengurusan banjir di Mersing berjumlah RM10.5 juta bagi pembinaan tiga pam air dan rumah pam.

“Mersing amat memerlukan rumah pam sebagai langkah mencegah banjir jangka pendek. Oleh itu, saya luluskan serta-merta peruntukan RM10.5 juta bagi projek berkenaan, setiap satunya bernilai RM3.5 juta. Ia akan disalurkan menerusi peruntukan sedia ada daripada Nadma.

“Saya akan koordinasikan perkara ini dengan Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Mersing dan Jurutera Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta lain-lain agensi pelaksana,” katanya, dan menambah kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa Mersing memerlukan RM2.3 bilion bagi mengatasi masalah banjir menerusi pelan jangka panjang.

“Bagaimanapun, mereka (buat masa ini hanya) memohon peruntukan sekurang-sekurangnya RM50 juta untuk disalurkan kepada kerajaan negeri dan daerah melalui JPS, bagi pelan jangka sederhana untuk membina tebatan banjir di kawasan-kawasan rendah di daerah ini.

Terdahulu, Zahid turut melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, dan mendengar taklimat situasi banjir di daerah itu, termasuk pelan mitigasi seperti rancangan tebatan banjir di lembangan Sungai Mersing dan Sungai Tenglu Besar yang disampaikan oleh jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Md Shahril Md Shamsudin.

Setakat ini hanya tiga negeri dilanda banjir dengan jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di Sabah, dengan jumlahnya melebihi 2,500 diikuti Johor dan Pahang.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
42 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
1 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok