Swasta bantu atasi masalah air tidak terhasil di Kedah: MB

May 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Kedah akan membabitkan pihak swasta dalam membantu menangani masalah air tidak terhasil (NRW) di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata buat masa ini, kerajaan negeri telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta sedang menunggu keputusan Menteri Alam Sekitar dan Air, lapor Bernama.

“Bagi mengatasi masalah NRW ini, kita akan libatkan pihak swasta dan Kedah bakal menjadi negeri pertama yang melibatkan pihak swasta tetapi perlu dapat kebenaran daripada SPAN dan menteri terlibat dahulu sebelum proses berkenaan dapat diteruskan.

“Pihak swasta akan melabur dalam infrastruktur dan banyak kos dapat dijimatkan. Sasaran kita ialah menurunkan kadar NRW negeri daripada 50 kepada 25 peratus dalam tempoh 15 tahun akan datang,” katanya ketika mengulas isu air di Kedah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon hari ini yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung.

Muhammad Sanusi berkata penglibatan pihak swasta turut membantu menjimatkan kos elektrik sebanyak 60 peratus yang perlu ditampung oleh kerajaan negeri.

“Kos air tidak tinggi seperti kos elektrik kerana setahun kita perlu bayar RM180 juta kepada Tenaga Nasional Berhad. Pam kita sudah tua serta memerlukan minyak dan elektrik yang tinggi, hendak tukar pam makan kos berjuta jadi kena perlahan-lahan buat pertukaran.

“Negeri maju yang lain seperti Selangor pun ada masalah air, jadi sabar. Saya bukan hendak halalkan masalah itu tetapi kita sedang usahakan dan saya beri jaminan dalam tempoh tiga tahun lagi, masalah infrastruktur yang melibatkan air akan selesai,” katanya.

Beliau berkata semua proses sedang berjalan dan sebaik mendapat kelulusan untuk menggantikan paip lama di lokasi kritikal terutama di kawasan bandar, ia akan segera dilakukan bagi mengelak berlaku masalah kebocoran.

Katanya beliau memahami rintihan rakyat Kedah namun berharap mereka dapat bersabar kerana langkah untuk menangani isu air memakan masa dan kos yang tinggi.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok