Sisi negatif bekerja dari rumah mula kelihatan: Perunding

June 13, 2021 · Isu semasa

Keseimbangan kerja dan kehidupan yang terjejas adalah antara sisi negatif akibat bekerja dari rumah (BDR) yang dikesan oleh sebuah syarikat perunding di negara ini.

Bagaimanapun keadaan itu tidak begitu ketara kerana masih banyak sisi positif yang diperoleh majikan dan pekerja, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham.

Syarikat yang menawarkan khidmat perundingan di sembilan negara Asia berhubung pekerjaan sebelum ini menerima beberapa aduan susulan langkah BDR itu.

Antara aduan yang diterima termasuk terpaksa mengorbankan masa peribadi, majikan yang mendesak, kurangnya keseimbangan kerja dan kehidupan kehidupan, menyelesaikan konflik majikan dan pekerja pada mesyuarat kumpulan dan keengganan pekerja untuk menyuarakan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham.

Memetik laporan Bernama hari ini Gajendra berkata, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, penyalahgunaan maya dan keseimbangan kerja serta kehidupan yang mula terjejas, adalah antara kesan negatif daripada BDR itu.

“Ramai pekerja yang memilih untuk bersabar dengan sikap majikan yang mendesak dan tidak sensitif dan ketika negara masih lagi meneruskan sekatan pergerakan penuh bagi membendung pandemik COVID-19, ramai orang yang mula mempersoalkan sejauh mana produktifnya BDR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau, bagaimanapun menasihatkan pekerja agar bersabar dengan situasi sekarang sehingga keadaan kembali normal dan mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik.

Beliau tidak menafikan banyak sisi positif yang diperoleh kedua-dua majikan dan pekerja daripada norma baharu kerja ini, terutamanya dari segi penjimatan kos kedua-dua pihak, di mana majikan boleh menjimatkan sewa pejabat, bil utliti dan perbelanjaan perjalanan dan keraian.

“Pekerja boleh berjimat kos pengangkutan, masa yang dihabiskan dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja dan bagi sebahagian malahan berjimat perbelanjaan penjagaan anak kerana mereka berada di rumah sepanjang masa,” katanya.

Beliau menggariskan beberapa petua berguna bagi majikan dan pekerja termasuk menyarankan mesyuarat maya dihadkan dalam tempoh masa yang kondusif, sebaiknya tidak melebihi 30 minit.

Beliau berkata kedua-dua pihak harus mempunyai pengurusan masa yang teratur, di mana majikan perlu menghormati ruang privasi antara satu sama lain dan menentukan batas-batas antara masa kerja dan elak daripada mengganggu kehidupan peribadi pekerja, manakala pekerja pula perlu berdisiplin mematuhi masa kerja dan bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan mereka.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia
July 25, 2023· Isu semasa
Tiada rancangan konkrit daripada Rafizi setakat ini, kata pertubuhan majikan
July 13, 2023· Politik
PRN: Majikan tak benar pekerja undi berdepan tindakan
July 11, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok