Sedia beri kerjasama jika disiasat dakwaan rasuah projek MRT: Wee

May 31, 2022 · Isu semasa

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memberikan kerjasama dan sentiasa mengamalkan prinsip ketelusan serta tidak menyokong sebarang elemen penyelewengan dalam mana-mana projek berkaitan kementerian itu, lapor Bernama.

“Saya mengikuti perkembangan ini. Saya tiada masalah jika ada pihak mahu siasat. MRT (Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) juga telah nyatakan kesediaan mereka untuk disiasat jika dakwaan itu berlaku.

“Mana-mana pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan jika ada aduan dibuat, biar pihak berkuasa siasat. Kita utamakan urus tadbir yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Wee turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan sehingga siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah melibatkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lepas.

Selain itu, Wee menasihatkan semua syarikat penerbangan di negara ini agar tidak mengambil mudah dengan rungutan pelanggan mengenai isu kelewatan sehingga mereka terpaksa menunggu lama di lapangan terbang dan menjejaskan urusan masing-masing.

“Saya minta syarikat penerbangan lihat semula jadual penerbangan, tingkatkan hubungan komunikasi dengan pelanggan dengan makumkan lebih awal tentang penjadualan semula penerbangan.

“Kalau pengguna dimaklumkan awal, ini tidak akan jejaskan urusan mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kelewatan penerbangan yang tular di media sosial pada perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Tegasnya, beliau tidak mahu kelewatan penerbangan menjadi budaya berterusan hingga menjejaskan nama syarikat penerbangan terbabit.

Mengenai laporan terdapat sindiket tonto yang berperanan sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang oleh JPJ, Wee berkata pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Saya berdiri teguh di belakang JPJ dan sentiasa beri sokongan bagi menentang sebarang tekanan yang diterima. Kita (negara) ada pasukan polis yang cekap,” katanya mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan baru-baru ini bahawa PDRM menerima lima laporan sejak tahun lepas hingga bulan ini berhubung aktiviti tonto tersebut.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok