Ringgit menjunam ke paras terendah berbanding dolar Singapura

May 24, 2023 · Isu semasa

Ringgit sekali lagi menghampiri paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura apabila mencapai paras 3.3939 awal pagi tadi, sebelum pulih sedikit kepada 3.3920/3962 ketika ditutup.

Paras terendah ringgit berbanding dolar Singapura adalah pada 11 November tahun lalu dan sekali lagi memecah paras RM3.40 apabila diniagakan pada RM3.41 pada 1 Mac lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata inflasi berlaku lebih tinggi serta mengejutkan dan berupaya menyebabkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) cuba memusatkan semula dolar Singapura dengan lebih kukuh, menurut laporan Bernama.

“Pertumbuhan yang lemah di China sewajarnya menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menghentikan seketika (kenaikan kadar faedah) dan mungkin mempertimbangkan pengurangan menjelang akhir tahun,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

MAS selaku bank pusat Singapura menggunakan tukaran mata wang asing sebagai alat dasar utama untuk mengatasi masalah inflasi yang diimport.

Harga pengguna utama Singapura meningkat lima peratus pada April, lebih tinggi berbanding unjuran, demikian mengikut data rasmi.

Inflasi teras, yang tidak termasuk pengangkutan jalan raya persendirian dan kos penginapan meningkat lima peratus tahun ke tahun pada April, manakala tinjauan pendapat ahli ekonomi Reuters menjangkakan peningkatan 4.7 peratus.

Inflasi yang lebih rendah untuk elektrik, gas, makanan, runcit dan barangan lain diimbangi oleh inflasi yang lebih tinggi untuk perkhidmatan berkaitan perjalanan, menurut kenyataan bersama MAS dan Kementerian Perdagangan.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
48 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok