Ringgit ditutup pada paras RM4.72 berbanding dolar

October 5, 2023 · Isu semasa

Ringgit mencatat peningkatan kecil berbanding penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan bon Perbendaharaan AS merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh 16 tahun, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS daripada 4.7285/7320 semasa ditutup pada Rabu.

Seorang peniaga berkata data penggajian swasta AS yang dikeluarkan pada Rabu yang rendah daripada jangkaan serta trend penyusutan berterusan harga minyak telah menyebabkan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS yang menjadi penanda aras, merosot daripada paras tertinggi baharu dalam tempoh 16 tahun pada pertengahan minggu.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun itu kali terakhir diniagakan pada 4.735 peratus selepas meningkat sehingga 4.884 peratus pada Rabu, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 16 tahun.

Beliau berkata pada masa ini, pelabur menantikan laporan penggajian syarikat barangan, pembinaan dan pembuatan di AS pada Jumaat.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1719/1751 daripada 3.1703/1729 pada Rabu, menyusut berbanding euro kepada 4.9651/9698 daripada 4.9645/9681, namun menokok berbanding pound Britain kepada 5.7283/7337 daripada 5.7343/7385.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Unit tempatan itu susut berbanding baht Thailand kepada 12.7927/8115 daripada 12.7549/7685 pada Rabu, tetapi hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/303.0 daripada 302.4/302.8 sebelum ini.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.33/8.35 berbanding 8.34/8.35 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4442/4478 daripada 3.4462/4492 sebelumnya.

Berita berkaitan
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok