Ringgit dibuka rendah, dijangka berdepan sedikit tekanan minggu ini

April 10, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) serta unjuran global terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4035/4105 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat lepas pada 4.3995/4035, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketua IMF Kristalina Georgiva agak pesimis mengenai prospek ekonomi untuk lima tahun akan datang.

“Menurut Georgiva, mendapatkan pertumbuhan global yang teguh masih menjadi tugas yang getir berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan perang yang berterusan di Ukraine.

“Oleh itu, gandingan USD/MYR dijangka bergerak dalam julat yang sempit hari ini iaitu sekitar RM4.40-RM4.41,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, peserta pasaran turut menantikan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada Rabu.

Mohd Afzanizam berkata nilai ringgit telah meningkat sejak awal Mac dan carta teknikal menunjukkan mata wang tempatan berada dalam kedudukan terlebih beli.

“Sekiranya nada Rizab Persekutuan AS beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi, ada kemungkinan ringgit boleh terus meningkat. Jika tidak, ia akan kekal dalam julat semasa atau memperlihatkan beberapa pembetulan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.8016/8092 daripada 4.8016/8060 pada penutup Jumaat lepas.

Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3201/3259 berbanding 3.3411/3443 pada penutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4674/4761 daripada 5.4730/4780 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8487/8759 daripada 12.9090/9279 minggu lepas dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3062/3119 daripada 3.3079/3114 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 295.20/295.80 daripada 295.00/295.30 Jumaat lepas dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.09/8.11 daripada 8.08/8.09 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok