Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS

June 8, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit turun berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini kerana peniaga menjangkakan langkah bank-bank pusat global terhadap kenaikan kadar faedah nampaknya masih belum berakhir, seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.5950/6000, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, naratif untuk dasar monetari yang lebih ketat nampaknya muncul kembali selepas Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada (BoC) mengumumkan kenaikan kadar dasar masing-masing minggu ini.

“BoC tanpa diduga menaikkan unjuran kadar semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.75 peratus selepas mengekalkannya stabil sejak mesyuarat Mac,” katanya kepada Bernama.

Begitu juga, Reserve Bank of Australia menaikkan kadar tunainya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10 peratus semalam.

Kenaikan kadar menunjukkan bank-bank pusat global belum lagi selesai dengan kitaran kenaikan kadar faedah kerana mereka melihat terdapat keperluan mendesak untuk membawa inflasi kembali ke paras sasaran, kata Mohd Afzanizam .

“Sehubungan itu, ringgit boleh bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.60 berbanding dolar AS kerana peserta pasaran akan terus mencerna langkah BoC dan bagaimana ia boleh menjejaskan keputusan kadar dasar bank pusat lain,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai kepada 3.2899/2947 berbanding yen Jepun daripada penutupan urus niaga semalam 3.2996/3034 tetapi merosot nilai berbanding euro kepada 4.9299/9368 daripada 4.9176/9229 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 5.7309/7390 daripada 5.7212/7275 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan rendah.

Nilai tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4140/4191 daripada 3.4098/4137 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.9 daripada 308.8/309.2 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2117/2357 daripada 13.2303/2508 sebelumnya.

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
36 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
51 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok